Saudara dan saudari yang kami kasihi sekalian.
Kertas kerja bertajuk Mencontohi Solat Rasulullah telah dijadikan eBook dan boleh didownload secara PERCUMA dari hompej rasuldahri.com
Sila dapatkan Ebook ini kerana ia sangat penting sebagai panduan kita mempelajari sifat solat Rasulullah sallallahu’alaihi wassalam dari takbir sampai salam. Ia memuatkan hadis-hadis yang telah disahihkan ulama hadis.
Berkali-kali Allah memerintahkan di dalam Al-Quran, “Dirikan olehmu solat” tetapi Al-Quran tidak menerangkan bagaimana cara mendirikan solat. Melalui hadislah kita mempelajari cara solat yang betul (Tanpa hadis, kita tidak dapat mengetahui cara rukuknya, sujudnya, bacaannya dan semuanya).
Nabi sallallahu’alaihi wassalam yang mulia memerintahkan kita “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat” (H.R. Muslim). Maka untuk mengetahui cara solat, kita wajib merujuk kepada hadis-hadis yang sahih cara bagaimana yang diajarkan oleh Nabi sallallahu’alaihi wassalam supaya kita tidak menyalahi perintah Allah dan Rasulnya.
Kami berdoa semoga, Allah memberi petunjuk jalan yang benar kepada kita semua, Amiin.